Bayaran Yuran Dobi MRSM Kuching
Tuan/Puan,
PEMBAYARAN YURAN DOBI PELAJAR MRSM KUCHING MELALUI LAMAN ATAS TALIAN (ON PAY)
Perkara di atas dengan hormatnya adalah dirujuk.
Untuk makluman pihak tuan/puan, semua pelajar MRSM Kuching dikenakan bayaran yuran dobi sebanyak RM10 sebulan, bersamaan RM100 setahun, seperti yang ditetapkan dalam pekeliling MARA bertajuk “Urusan Perolehan dan Tanggungan Wang EMR Bil MARA: BPM/K/08-5Klt.3 (31)”. Dengan yuran ini, pelajar layak menghantar 16 helai pakaian untuk setiap sesi cucian.
Bayaran ini adalah WAJIB bagi semua pelajar MRSM Kuching, sama ada bagi sesi semasa atau bayaran tertunggak tahun-tahun sebelumnya.
Bagi memudahkan urusan pembayaran, pihak MRSM Kuching telah menyediakan satu saluran bayaran atas talian (online payment/on pay) yang boleh digunakan oleh ibu bapa/penjaga untuk membuat bayaran yuran dobi bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
Laman ini boleh digunakan untuk:
-
Membayar yuran dobi semasa
-
Menjelaskan tunggakan yuran dobi terdahulu
Kerjasama dan perhatian pihak tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai. Sekian, terima kasih.
Sila hubungi Pn. Dayang Hasrinna binti
Awang Hassan selaku Penyelia Koperasi
di talian 014-6023470 untuk sebarang
pertanyaan. Terima kasih.