Kepada:

IBU BAPA PELAJAR MRSM KUCHING

(PELAJAR LAMA: TINGKATAN 2, 3, 4 & 5)

 

Tuan/Puan,

PEMAKLUMAN MENGENAI YURAN KOPERASI DAN PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN

PELAJAR BAGI TAHUN 2025 (PELAJAR LAMA: TINGKATAN 2, 3, 4 & 5)

 

Perkara di atas dengan hormatnya adalah dirujuk.

Sebagai makluman pihak tuan/puan, sesi persekolahan 2025 akan bermula pada 17 Februari 2025 dan untuk setiap sesi persekolahan setiap pelajar dikenakan bayaran yuran dobi sebanyak RM10 setiap bulan selama 10 bulan. 

Bayaran ini adalah WAJIB bagi semua pelajar seperti yang terangkum dalam pekeliling MARA “Urusan Perolehan dan Tanggungan Wang EMR Bil MARA: BPM/K/08-5Klt.3 (31)”. Dengan yuran ini, pelajar boleh menghantar 16 helai pakaian untuk setiap sesi cucian.

Sehubungan dengan itu, setiap pelajar dikehendaki untuk membayar yuran dobi seperti maklumat berikut:

    • Pembayaran secara bulanan sebanyak RM10 setiap bulan selama 10 bulan, atau
    • Pembayaran secara semester sebanyak RM50 setiap semester selama 2 semester, atau
    • Pembayaran penuh sebanyak RM100 untuk setahun.


Pihak koperasi juga menawarkan set buku tulis bagi kegunaa pelajar sedia ada seperti berikut:

    • Pelajar Menengah Rendah: RM35
    • Pelajar Menengah Atas: RM45


Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, pihak ibu bapa boleh menghubungi pihak koperasi di nombor telefon 014-6023470.

 

Sekian terima kasih. 


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Yuran Dobi Bulanan (Masukkan jumlah yang ingin dibayar antara RM10 hingga RM100 sahaja)
Yuran Dobi Semester 1, 2025 (Februari 2025 hingga Jun 2025)
Yuran Dobi Setahun (Februari 2025 hingga Disember 2025)
Tunggakan Dobi
Set Buku Tulis MRSM Kuching Menengah Rendah
Set Buku Tulis MRSM Kuching Menengah Atas
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN